Saturday, March 27, 2010

SN vs SNA

Dua2 nie ada persamaan yang sangat jelas, iaitu berlaku kelainan di endotel membran glomerulus.
Pada SN - terjadi kehilangan cas-cas negatif pada glomerulus sehingga protein yang juga bercas negatif tertarik keluar dari plasma darah masuk ke dalam urin secara masif - Proteinuria masif - > 50mg/hari

Pada SNA - terjadi kerosakan pada glomerulus kerana aktiviti sistem imun (antibodi kuman streptococcus ) yang tersalah tafsir endotel membran glomerulus sebagai antigen. Ini kerana glomerulus hampir sama dengan kuman streptococcus tersebut. Kerosakan tersebut menyebabkan berlakunya Hematuria dan keluarnya protein ke dalam urin - Proteinuria

Pada SN disebabkan terjadinya proteinuria masif, protein dalam darah berkurang dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga terjadinya Hipoalbuminemia. Keadaan hipoalbuminemia ini pula menyebabkan tekanan onkotik menurun sedangkan tekanan hidrostatik meningkat sehingga menyebabkan keluarnya cairan dari intravaskular ke ruangan interstitial sehingga terjadi keadaan yang kita namakan sebagai Oedema. Kekurangan protein tadi memberi signal / arahan untuk badan supaya memperbaiki keadaan tersebut dengan meningkatkan lagi penghasilan protein. Tetapi keadaan ini bukan hanya meningkatkan protein malah, lemak juga turut meningkat sehingga terjadinya Hiperkholesterolnemia. Ini adalah merupakan 4 gejala utama yang terjadi pada Sindrom Nefrotik.

Pada SNA, kita bisa juga dapatkan hipertensi, edema, dan oligouria.

No comments:

Post a Comment